fbpx

Cara Buat Lempeng Apam Paling Senang, Lagi Sedap Makan Dengan Sambal Bilis

iCookAsia

Untuk sarapan, makan Lempeng pun sudah cukup. Dengan rasa yang lembut dan ketebalan yang perfect, nikmat betul nak suap ke dalam mulut. Cara nak buat pun mudah sahaja, tak perlu guna banyak bahan. Paling penting, cicah dengan sambal kegemaran masing-masing. Auto sedap.

Jom try.

Terima kasih Hamizah Yatim untuk perkongsian resipi Lempeng Apam ini 🙂

Bahan- bahan:
3 cawan tepung gandum
1 paket yis
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan gula
Air

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan kesemua bahan dalam besen.
  2. Kemudian, gaul sebati. Jangan terlalu pekat atau cair. Pastikan sedang-sedang sahaja.
  3. Perap selama 1/2 jam atau 1 jam.
  4. Akhir sekali, masak atas kuali. Tunggu bahagian sebelah masak baru terbalikkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hamizah Yatim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x