fbpx

Cara Buat Kek Pisang Viral Yang Mudah | iCookAsia

iCookAsia

Jika ini first time anda nak cuba buat Kek Pisang, jangan risau. Sebab resipi ini mudah sahaja untuk diikuti. Hasilnya memang gebu dan sedap. Anak-anak dan suami pasti suka!

Cara membuat:

Bahan-bahan
4 biji pisang berangan
1 cawan minyak masak
¼ sudu kecil garam
1 cawan gula perang
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
1¾ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda penaik
2 biji pisang berangan, dihiris nipis (hiasan)

Cara Membuat
1. Masukkan telur, minyak, garam dan gula perang ke dalam pengisar.
2. Kisar sehingga sebati.
3. Potong pisang, masukkan ke dalam pengisar bersama vanila, kisar lagi.
4. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda penaik ke dalam mangkuk.
5. Tuangkan campuran pisang dan kacau rata.
6. Tuangkan ke dalam tin 8 atau 9 inci yang dialas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
7. Susun hirisan pisang di atasnya.
8. Bakar pada suhu 175 C selama 40 minit atau sehingga masak.

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.my/

Want to be featured in our video? email us at partner@icookasia.my
—————————————-
Visit iCookAsia for more recipes: https://icookasia.my for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
——————–
for advertising enquiries, please email to: sales@icookasia.my

#KekPisangViral #ResepiViral #iCookAsiaRecipe

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x