Nampaknya ramai yang mengidam selepas tengok Jeruk Pauh ni kan? Cara membuatnya mudah namun memerlukan masa yang agak lama kerana mangga perlu diperam untuk beberapa hari supaya segala bahan sebati.
Jeruk Pauh Pedas :
Mangga
Cili kering – kisar
Belacan
Gula kerek
Gula pasir
Garam
Cuka
Air
Jeruk pauh :
Gula pasir
Cuka
Garam
Air
Cara – boleh digunakan untuk kedua-dua resipi :
- Belah mangga kepada dua dan rendamkan bersama garam dan kapur selama satu jam.
- Buang air rendaman tadi dan bersihkan mangga. Toskan. Selepas itu masukkan ke dalam bekas dan masukkan air dan garam. Perap selama dua hari pada suhu bilik.
- Selepas itu, toskan lagi mangga tadi dan bersihkan.
- Masukkan air masak, gula pasir, garam dan cuka. Gaul rata dan tuangkan ke dalam bekas berisi mangga. Biarkan semalaman pada suhu bilik.
- Selepas itu masukkan ke dalam peti ais dan biarkan selama dua hari sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto : Lieya Mohd
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/