fbpx

Cara Buat Dorayaki Yang Lembut Dan Fluffy.

iCookAsia

Peminat siri kartun Doraemon mesti sedia maklum betapa robot kucing itu gilakan sejenis makanan bernama Dorayaki. Jika dulu kita hanya mampu melihat dan tertanya-tanya apa rasanya. Kini semua jenis makanan boleh didapati dengan mudah, malah boleh disediakan sendiri di rumah.

Resipi perkongsian Aini Binte Madon ini diambil daripada Merikatakita Tomoshilukitekari.

 

Bahan :

1 cawan Tepung gandum

1/2 cawan Gula pasir halus

4 biji Telur

1 sudu teh Baking powder

2 sudu makan Madu

1/2 sudu makan Air

 

Cara :

  1. Ayak tepung dan baking powder bersama.
  2. Dalam bekas yang lain, pukul telur, madu dan gula menggunakan whick sehingga berbuih dan ringan.
  3. Kemudian masukkan tepung yang sudah diayak dan kacau sebati. Masukkan setengah sudu makan air untuk seimbangkan kepekatan adunan.
  4. Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
  5. Gunakan kuali non stik dan ambil tisu dapur dan basahkan dengan sedikit minyak masak dan lumurkan di atas pan tetapi jangan sampai berminyak.
  6. Saiz dorayaki bergantung kepada berapa sudu adunan yang digunakan. Satu sudu makan untuk dorayaki bersaiz kecil. Resipi ini menggunakan satu senduk kecil.
  7. Tuang di atas pan, tidak perlu ratakan kerana ia akan membesar sendiri. Apabila ia mula berbuih, terbalikkan.
  8. Api jangan terlalu besar kerana ia akan cepat hangus kerana kandungan madu di dalamnya.
  9. Setelah masak ketepikan dan sapukan dengan inti pilihan.
  10. Boleh gunakan pes kacang merah, nutella, kaya dan lain-lain.
  11. Jika ingin letakkan cheese, sapukan sewaktu dorayaki masih panas dan terus kepilkan. Jika buat sewaktu sejuk, cheese tidak akan cair.

Kredit resipi & foto : Merikatakita Tomoshilukitekari & Aini Binte Madon

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x