Kalau buat soto dan tak ada bergedil, umpama irama tanpa lagu. Tak sempurna rasanya. Resipi yang sama juga boleh digunakan untuk membuat tauhu bergedil.
Untuk bahan utama, terpulang jika nak gunakan daging atau ayam, ikut citarasa masing-masing. Lebihkan daging untuk dapatkan rasa bergedil yang lebih padu dan umphhh.
Cara :
- Rebus daging kisar sehingga kering airnya. Beli daging kisar yang terdapat empat keping dalam satu plastik tetapi gunakan hanya tiga. Nisbah untuk adunan ini ialah 1 kg daging : 1/2 kg kentang. Kena sentiasa kacau supaya daging tidak hangit. Caranya daripada plastik terus masukkan ke dalam kuali dan masak sehingga air kering.
- Kupas kentang dan potong. Goreng dan angkat. Tumbuk dengan lesung sewaktu masih panas.
- Masukkan kentang ke dalam bekas dan masukkan daging kisar yang telah dimasak tadi. Masukkan 2 sudu besar bawang goreng dan dua tangkai daun sup yang telah dipotong halus.
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Gaul dengan tangan sehingga rata. Perasakan sehingga sempurna.
- Selepas itu, bulatkan seperti bebola dan tekan untuk leperkan.
- Untuk adunan ini boleh dapat 26 ketuk bergedil. Boleh bekukan.
- Pecahkan telur bersama sedikit garam dan gaulkan bergedil dalam telur tadi. Goreng dengan minyak yang sedang banyak dan gunakan api sederhana. Jangan terlalu panas supaya tidak hangit.
Kredit resipi & foto : Norhasnita Hassan
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/