fbpx

Cara Buat Ayam Masak Sambal, Makan Dengan Pulut Pun Sedap

iCookAsia

Ayam Masak Sambal ni memang sangat sesuai kalau nak makan dengan nasi putih atau nasi minyak. Memang confirm sedap sampai nak tambah je. Bukan itu sahaja tau, siap boleh buat jualan lagi sebab memang ramai yang suka lauk ini. Admin pun ikut lapar sekali.

Jom kita try.

Terima kasih Lina Kassim untuk perkongsian resipi Ayam Masak Sambal ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

Seekor ayam yang  bersaiz kecil (Nak goreng separuh masak pun boleh)

7 sudu besar cabai (Dikisar) atau cili boh (Kalau tidak mahu pedas boleh kurangkan)

1 ketul kiub ayam

Kulit kayu manis

Daun kari 6 tangkai (Wajib ada)

Daun pandan (Disimpul)

1/2 cawan susu cair

2 sudu besar sos cili

Gula

Bahan B:

4 batang serai

2 inci Lengkuas

2 inci Halia

2 biji bawang besar

1/2 labu bawang putih

1 biji tomato

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, kisarkan kesemua bahan-bahan B.
  2. Tumiskan bahan yang sudah dikisar tadi bersama daun pandan, kulit kayu manis dan campurkan cili boh tadi.
  3. Seterusnya, masak sampai pecah minyak dan pekat. Kemudian, masukkan susu cair dan daun kari.
  4. Selepas itu, kacau sebati.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan kiub ayam. 
  6. Masukkan ayam dan tambahkan sedikit air untuk dijadikan kuah.
  7. Akhir sekali, masak sampai ayam empuk dan boleh dihidangkan.

Senang sahaja kan? Boleh makan dengan pulut juga tau, pun sedap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Lina Kassim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x