Apam ini memang sangat sedap kalau dibuat makan petang. Bukan itu sahaja, apam ini mempunyai tekstur yang sangat lembut dan kepelbagaian apam itu sendiri yang menarik perhatian ramai seperti Apam Pelangi. Tapi kali ni Admin nak share macam mana nak buat Apam Milo.
Terima kasih Fatihatul Hakimah untuk perkongsian resipi Apam Milo ini 🙂
Bahan-Bahan:
6 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir (Boleh kurangkan kalau tidak suka manis)
Setengah cawan Milo
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, pukul telur dan gula sehingga berbuih, putih dan kembang. Pastikan kejadian jadi seperti itu, kalau tidak, apam tidak akan naik. Guna blender sahaja pun boleh.
- Masuk tepung gandum dan kisarkan lagi sehingga sebati.
- Kemudian, adunan tadi dibahagikan kepada dua bekas iaitu satu bekas dibiarkan kosong atau boleh letak pewarna lain dan lagi 1 bekas, letak milo dan kacau-kacau sehingga sebati.
- Tuangkan selang seli dalam loyang kalau nak supaya nampak menarik , loret dengan menggunakan lidi atau garfu untuk nampak berbunga-bunga (Optional).
- Akhir sekali, kukus selama 20 minit hingga 30minit. Pastikan air kukusan sudah mendidih terlebih dahulu.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fatihatul Hakimah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos