fbpx

Cara Basuh Microwave Anda Selama 5 Minit Sahaja! Terus Bau Lemon Wangi Tau.

iCookAsia

Anda ada microwave di rumah? Kalau ada, berapa kali dalam seminggu atau sebulan anda bersihkan di bahagian dalam microwave? 

Admin tahu yang susah dan leceh sebenarnya nak basuh kan. Dan kadang itu kita rasa tidak kotor tapi sebenarnya banyak bakteria yang ada.

Perlu untuk kita lap pada setiap kali penggunaan tau. Sebab bila panaskan makanan ini, kuah atau minyak atau kuah mesti akan terpercik. Dan disarankan untuk basuh pada bahagian dalam dalam 2 ke 3 kali sebulan. Kalau lagi kerap pun boleh. 

Tak perlu susah susah, ikut je tips daripada seorang pengguna Twitter ini. Mudah je. Dan anda boleh gunakan cara yang sama pada oven anda di rumah. Jom cuba!

Terima kasih nawalhudaa untuk perkongsian tips ini 🙂

Caranya:

  1. Ambil mangkuk isi air separuh. 
  2. Letak lemon sebiji. Perah jus dan hirisan lemon.
  3. Masuk microwave selama 5 minit.
  4. Tunggu 2 minit sebelum buka sebab tak nak bagi wap air dia keluar. 
  5. Lap microwave dengan kain bersih. 

Dah hasilnya, microwave anda akan berbau harum semerbak lemon. Mudah kan? Tak perlu nak susah-susah buka satu-satu alatan dan lap. 

Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit tips dan gambar: nawalhudaa (Twitter)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x