fbpx

Cara Basuh Brokoli Dengan Betul. Makan Lauk Sayur Kini Lebih Selamat.

iCookAsia

Admin pasti ramai di kalangan kita yang basuh sayur dengan hanya basuh dengan air begitu sahaja kan? Atau rebus sahaja. Tapi sebenarnya ada cara yang paling tepat untuk membasuh sayur-sayuran terutamanya sayur Brokoli. Perlu di basuh sayur-sayuran ni, sebab bukan kita tahu apa-apa bahan atau ulat yang tersorok dalam sayur tu kan. 

Jom kita ikut satu perkongsian tips membasuh sayur Brokoli daripada seorang pengguna Facebook ini. Lepas ni dah boleh masak lauk sayur tanpa was-was!

Terima kasih Munirah Mohd Shalleh untuk perkongsian tips ini 🙂

Hari ni aku cuma nak kongsi cara basuh brokoli dengan betul.

Hampa tau dak, ramai yang tak tau di sebalik rumpun hijau brokoli, ada berlambak ulat halus yang susah nak lihat dengan mata kasar. 

Bukan boleh basuh lagu tu curoq ayaq saja. Dak.”

Cara membuat:

  1. Ambil besen, masukkan air dan rendamkan brokoli. 
  2. Masukkan garam satu sudu.
  3. Jirus-jirus air pada brokoli.
  4. Biarkan selama 30 minit atau paling cepat sekitar 15 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Munirah Mohd Shalleh (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x