fbpx

Campuran Halia, Madu Dan Lemon, Petua Kurangkan Sakit Lutut.

iCookAsia

Bila sakit lutut, banyak aktiviti fizikal terganggu, lebih-lebih lagi bila nak sujud dan rukuk waktu solat. Menurut Nurliyana Shukri, sakit lutut disebabkan oleh sendi yang sudah lusuh dan haus.

Dan kebaikan halia terbukti dalam mengubati sakit lutut kerana fungsi halia sebagai anti-radang. Halia mampu mengurangkan sakit lutut disebabkan oleh artritis, kekejangan otot dan kecederaan.

Cuba amalkan minum halia bersama madu dan lemon.

 

Bahan :

1 ketul halia

1 cawan air

Sedikit perahan lemon

Sedikit madu

Cara :

  1. Hancurkan satu ketul halia.
  2. Masukkan halia yang dihancurkan ke dalam satu cawan air dan kacau.
  3. Masukkan satu cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk ataukuali. Didihkan selama 10 minit.
  4. Selepas 10 minit, tapis air halia yang dididihkan tadi. Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air tadi.
  5. Kemudian masukkan 1/2 sudu madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon. Kacau sehingga sebati.
  6. Sedia untuk dinikmati. Boleh minum dua hingga tiga cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat buat semua.

Kredit resipi & foto : Nurliyana Shukri

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x