fbpx

Burger Malaysia

iCookAsia

Siapa panggil ni pau sambal? Min tahu ni kuih burger Malaysia hahaha apa pun nama dia yang pasti sedap dan memang ngam la kalau buat sarapan!

Bahan-bahan

3 1/2 sudu kecil yis segera
1 1/2 cawan susu segar
sedikit gula
Sedikit garam
2 biji telur
1/3 cawan butter
3 cawan tepung gandum
1 mangkuk sambal secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
1/4 cawan air suam

Cara membuat

1. Mula-mula campurkan air suam bersama yis di dalam mangkuk yang, biarkan selama 5 minit atau sehingga berbuih.

2. Kemudian masukkan susu, gula, garam, telur, butter dan 2 cawan tepung gandum. Kacau rata sehingga sebati. Tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi doh. Uli doh sehingga permukaannya menjadi licin dan tidak melekat pada tangan.

3. Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat. Tutup menggunakan tisu basah dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga ia naik dua kali ganda.

4. Setelah itu, goreng di dalam minyak panas sehingga bewarna perang keemasan. Angkat dan toskan minyaknya

5. Setelah sejuk belah dibahagian tengah dan letakkan sedikit sambal.

6. Akhir sekali letakkan hirisan timun dan pau sambal sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.com or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x