fbpx

Bukan Tart Nenas, Tapi Ini Lah Resepi Tart Cadbury Buat Penggemar Coklat. Sedapnya Bila Coklat Cair Dalam Mulut…

iCookAsia

Belum musim perayaan lagi, tapi apa salahnya kalau kita buat kuih Tart pada musim ‘Stay At Home’ ni kan? Menariknya perkongsian kali ini, tart bukan tart biasa. Tart ini berinti kan coklat Cadbury. Mesti ramai yang suka coklat ini kan? Tart ini juga berwarna ungu. Menarik, lain daripada yang lain!

Terima kasih Rosemary Eddie untuk perkongsian resipi Tart Cadbury ini 🙂

Bahan-bahan:

½ kg tepung gandum

250g butter

½ cawan icing sugar

1 sudu kecil esen vanilla

3 sudu besar violet/pewarna purple

Coklat Cadbury

Cara membuat:

  1. Gaul sebati bahan tepung gandum dan butter.
  2. Kemudian, masukkan icing sugar, esen vanila dan pewarna purple.
  3. Selepas itu, untuk membuat adunan, gunakan acuan tart.
  4. Masukkan coklat cadbury dalam acuan seperti di dalam gambar.
  5. Bakar selama 10-15 minit dalam 160 celcius. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rosemary Eddie (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x