Siapa je yang tidak gemar dengan kuih tradisional Tart Nenas kan? Untuk kelainan dan lebih kreatif, seorang pengguna Facebook ini telah berkongsi kan resipi Tart Epal Hijau. Tart yang berwarna hijau, dan berinti kan jem Epal Hijau. Jem bukan jem yang biasa dibeli siap siap, tapi ini raw atau original homemade dilakukan sendiri.
Terima kasih qaseh_imans untuk perkongsian resipi Tart Epal Hijau ini 🙂
Bahan untuk membuat Doh Tart:
2 sudu besar susu pekat
1 cawan salted butter
2 sudu minyak sapi
3½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur
Pewarna hijau epal
Caranya:
- Kacau butter dengan susu pekat dengan menggunakan senduk sahaja. Kacau hingga sebati sahaja. Jangan dikacau lama, nanti doh akan kembang waktu bakar.
- Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati dan tambahkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum.Gaul hingga menjadi doh.
Bahan untuk membuat Inti Epal Hijau:
10 Biji Epal Hijau
Sebatang Kulit Kayu Manis
2 Cawan Gula Halus
Pewarna Hijau
Caranya:
- Buang kulit epal. Kemudian kisar hingga halus. Masak atas api bersama kulit kayu manis.
- Apabila sudah agak kering airnya, barulah campur kan gula dan masukkan pewarna. Gaul lagi sehingga likat.
- Biarkan sejuk semalaman dan baru guna. Inti akan jadi pekat.
*Untuk hiasan boleh cairkan coklat putih dan drizzle kan atas tart yang dah siap dibakar.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: qaseh_imans (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/