Kebiasaanya, menu Singgang ini dihidangkan bersama Ikan. Jarang juga digunakan dengan bahan lain selain Ikan. Ikan pun dah sedap, apatah lagi kalau menggunakan ayam kan? Kalau ada ayam lebih di rumah, boleh cuba resipi ini.
Terima kasih Azira Mamat untuk perkongsian resipi Singgang Ayam Thai ini 😀
Bahan-bahan:
Setengah ekor ayam potong kecil
3 batang serai diketuk
3 ulas bawang putih diketuk
2 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 asam keping
Garam (Secukup rasa)
Perasa (Secukup rasa)
Cili api (Ikut tahap kepedasan)
Tomato (terpulang nak letak atau tidak)
Cara memasak:
- Tumis semua bahan kat atas tu kecuali tomato dan cili api.
- Dah naik bau masukkan ayam dan air. Biar mendidih, kemudian letakkan garam, perasa, tomato dan cili.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Azira Mamat (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/