Berikut resipi untuk membuat bubur pulut hitam. Hidangan untuk 6 orang
Bahan-bahannya ialah :
1 ) 1 cawan pulut hitam
2 ) 1 cawan gula pasir
3 ) 3 cawan santan
4 ) 1 ketul gula melaka dikisar halus
5 ) 1 helai daun pandan
6 ) sedikit garam
7) 1 liter air untuk merebus pulut
Cara membuatnya mudah sahaja
1.mula-mula rebus pulut hitam bersama daun pandan sehingga pulut hitam kembang dan empuk.
2.Kemudian masukkan garam, gula pasir, gula melaka dan santan.
3.Didihkan sebentar dan sedia untuk dihidang ketika panas.