fbpx

Bubur Lambuk Mok Koi, Cara Menantu Pikat Mertua. Resepi Rare Guna Pakis Merah Dan Isi Ikan

iCookAsia

Menurut Wan Norhaida Wan Kamaruzaman, masakan bubur lambuk resepi turun temurun daripada keluarganya berjaya memikat hati keluarga mertua.

Lebih unik apabila resepi ini menggunakan daun pakis merah dan isi ikan.

Langkah pertama :
Masak beras 5 cawan bersama :
Isi ayam dipotong dadu
Kentang dipotong dadu
Lobak merah dipotong dadu/halus panjang
1 Kg Ikan kembung direbus dengan 1 ke 2 asam keping,
Ketepikan dan kisar isi ikan.
Kemudian kisar tulang ikan dengan air rebusan dan tapis tulangnya,
(Jangan lupe asam tu buang ye,nanti masam plak bubur)

Bahan kisar halus :
5 labu Bawang besar
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia
1 inci Lengkuas
5 batang Serai – diracik
Lada hitam serbuk (pilihan)

Cara :
1. Apabila nasi sudah menjadi bubur, letakkan bahan kisar, isi ikan dan santan.
2. Perasakan dengan garam.
3. Selepas mendidih, letakkan sayuran :
– daun pakis merah
– 2-3 helai daun kunyit – dipotong halus
– segenggam daun kesum
4. Kacau sebati dan siap untuk dihidang.

Sumber : Wan Norhaida Wan Kamaruzaman

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x