Pencuci mulut Sagu Gula Melaka ini memang popular pada bulan Ramadan. Yang buat EXTRA terliur hanya di bulan Ramadan. Pelik kan? Tapi itulah yang sudah menjadi tradisi. Kemudian, semenjak PKP yang pertama pada tahun lepas, pencuci mulut ini sudah ramai yang belajar buat memandangkan Bazaar Ramadan tidak dibuka.
Haa, Bazaar sudah dibuka pada tahun ini. Tetapi adakah anda masih buat pencuci mulut ini di rumah? Kalau tidak, meh Admin kongsikan resepi Sagu Gula Melaka yang mampu menarik perhatian anda. Gunakan pewarna kegemaran anda, pasti ada semangat nak buat dan makan.
Terima kasih Raja Amanina untuk perkongsian resipi Sagu Gula Melaka ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan sagu
6 cawan air
Pewarna ikut suka
Caranya:
- Sagu dicuci bersih dan rendam bersama pewarna lebih kurang setengah jam dan toskan.
- Panaskan air hingga mendidih dan masukkan sagu.
- Kacau-kacau supaya masak sekata hingga tiada biji-biji putih.
Bahan untuk Kuah:
1 tin susu cair
Gula melaka secukupnya
Air ½ cawan
1 helai daun pandan
Caranya:
- Masak air, gula melaka dan daun pandan hingga larut dan sejukkan.
- Sudukan gula melaka ke dalam gelas atau acuan masukkan sagu dan tuangkan susu cair.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Raja Amanina (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/