Admin pasti, sudah ramai yang mencuba makan Vietnamese Roll ini. Buat penggemar sayur sudah pasti suka akan hidangan ini. Sebenarnya, senang je nak buat Vietnamese Roll ini. Perlu cukup bahan dan kesedapannya bergantung juga pada Sos pencicah. Tetapi kalau anda tidak cukup bahan untuk buat sos, boleh guna sos Thai biasa sahaja. Itu pun dah cukup sedap!
Terima kasih Nur Masri untuk perkongsian resipi Vietnamese Roll ini 🙂
Bahan-bahan:
Rice paper /Kulit vietnam spring rollsÂ
Salad
Timun jepun (hiris panjang)
Carrot (hiris panjang)
Daun ketumbar
Suhun (celur)
Udang (celur)
Crab stick (celur)
Bahan sos
1/2 ketul nisan atau gula melaka
1 cawan air
1 sudu besar penuh tepung jagung (kacau dengan sedikit air)
3-4 biji cili api merah yang pedas (dicincang halus)
2 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos cili thai
1/2 jus limau siam dlm botol
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam atau sos ikan
3 ulas bawang putih cincang halus
Daun ketumbar dihiris
Cara membuat:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali tepung jagung dan daun ketumbar.
- Dah mendidih masukkan tepung jagung. Kacau sehingga pekat.
- Rasa masam, masin, manis, pedas. Biar secukup rasa.
- Setelah sejuk masukkan daun ketumbar.
*Jika tiada sos lain, boleh guna sos Thai biasa sahaja.
Cara gulung
- Celup kulit popia ke dalam air suam sekejap terus angkat. Letak atas pinggan yang di spray air supaya tidak melekat.
- Letakkan daun salad dahulu sebagai alas kemudian suhun, daun ketumbar, timun dan carrot, lipat seperti buat popia (gulung sekali). Kemudian letakkan crab stick atau udang.
- Gulung seperti gulung popia sehingga habis.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nur Masri (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos