Buat peminat hiburan muzik K-pop atau drama Korea, pasti hidangan Tteokbokki ini sudah tidak asing lagi. Makanan yang berunsur kan tepung pulut yang membuatkan ia kenyal apabila dikunyah. Digandingkan bersama sos yang pedas dan manis, memang sedap. Tetapi, ada sesetengah yang tidak boleh masuk makanan ini. Maklum lah, tekak orang Melayu. Tetapi, untuk resipi ini sangat kena dengan tekak orang melayu. Mesti boleh masuk punya. Jom cuba!
Terima kasih Mizzatul Effah untuk perkongsian resipi Tteokbokki ini 🙂
Bahan-bahan:
2 sudu besar serbuk cili babas
Bawang Holland saiz sedang separuh ½ (boleh potong ikut suka)
1 biji Bawang putih (lumatkan)
3 sudu besar Sos cili
1 sudu Sos tiram
Kicap manis untuk warna
2 1/2 cawan Air putih
Cara membuat:
Renehkan semua bahan diatas. Perisakan mengikut citarasa sendiri.
Bahan untuk membuat Kuih Beras:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
Cara membuat:
- Uli semua bahan dan jangan terlalu lembik.
- Bentuk kan seperti di dalam gambar atau bentuk rectangle dan rebus.
- Dah terapung, masukkan dalam air berais.
- Sejat kan kuih beras dan masuk ke dalam sos yang di renehkan. Boleh tambah fish cake, fish ball dan crab stick.
- Hiaskan dengan telur rebus, bijan dan daun bawang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mizzatul Effah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/