fbpx

Buat Siakap Stim Lemon Sedap Juga, Boleh Rasa Resepi Padu Che Nom Ini

iCookAsia

Biasa pergi restoran Thai mesti order ikan siakap. Pelbagai jenis lauk boleh dibuat dengan ikan siakap ini. Mana tidaknya, keenakan ikan siakap ini memang padu dan boleh buat kita tambah makan nasi tau. Hujung minggu ini boleh buat Siakap Stim Lemon ini pula.

Jom try.

Terima kasih Che Nom untuk perkongsian resipi Resepi Siakap Stim Lemon ini 🙂

Bahan- bahan:
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
1/2 biji bawang besar
4-5 biji cili padi
1 biji tomato
Daun ketumbar
1 biji lemon (tambah lebih jika suka)
1 ekor ikan siakap
Sedikit garam
2-3 sudu besar sos ikan
3 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air
1/2 kiub ayam
1 1/2 cawan air

Cara membuat (Untuk Lapisan Pulut):

  1. Mula-mula, cincang kasar bawang putih, bawang besar, dan cili padi manakala cincang halus halia secara memanjang. Kemudian, potong tomato.
  2. Kemudian, hiris halus sebiji lemon untuk dijadikan hiasan dan sebiji lemon lagi diperah jusnya untuk dijadikan kuah ikan siakap stim.
  3. Bersihkan ikan dan kelar kedua belah bahagian ikan siakap tersebut.
  4. Di dalam bekas kukus, gaul ikan dengan sedikit garam dan masukkan 2 hingga 3 sudu sos ikan serta serai kedalam ikan.
  5. Taburkan kesemua bahan cincang kasar dan halus serta tomato dan batang ketumbar.
  6. Bancuh 3 sudu kecil tepung jagung. Masukkan kiub ayam kedalam bancuhan tepung dan gaul sedikit. Kemudian, tuang kedalam bekas kukus. (Bancuhan tepung jagung adalah pilihan. Nak letak boleh, tak nak letak pun tidak apa).
  7. Masukkan air, perahan jus lemon dan tambah sedikit lagi sos ikan.
  8. Seterusnya, kukus ikan dalam anggaran 15 hingga 20 minit.
  9. Buka tudung pengukus dan hias dengan hirisan lemon. Selepas itu, sambung kukus lagi selama 5 minit.
  10. Setelah siap dikukus, taburkan hirisan daum ketumbar dan cili merah untuk kelihatan lebih menarik. Kemudian, ikan siakap stim lemon sedia untuk dihidang.

Tip:

  1. Jika anda tidak suka tergigit halia semasa makan, tidak perlu cincang halus dan boleh dicincang secara kepingan agar senang boleh diasingkan.
  2. Daun ketumbar boleh digantikan sama ada dengan daun sup ataupun daun bawang.
  3. Jika sebiji perahan jus lemon cukup masam, anda boleh menambahnya lagi mengikut cita rasa anda.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Che Nom(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x