Jarang sekali kita buat sendiri Jem untuk sapuan roti. Biasanya kita akan beli di luar atau di kedai sahaja kan. Tapi apa kata kali ini kita mencuba untuk buat sendiri? Bila buat sendiri ni, kebersihan lebih terjamin dan bahan yang digunakan pun kita boleh pilih mana yang kita nak.
Resepi daripada seorang pengguna Facebook ini, anda wajib try!
Terima kasih Mak Nani Itnan untuk perkongsian resipi Jem Kaya/ Kaya Roti ini 🙂
Bahan- bahan:
6 biji telur
1 biji kelapa (3 cawan santan)
3 sudu makan tepung jagung
1/2 kg gula pasir
Daun pandan
Sedikit garam
1/2 cawan gula (untuk dibuat gula hangus)
Cara membuat:
- Masukkan semua bahan dan kacau hingga gula larut. Kemudian, ditapis.
- 1/2 gula tadi masak di dalam kuali dan kacau hingga cair. Jangan terlalu hangus ya.
- Masukkan bahan tadi perlahan-lahan, takut terpercik.
- Selepas itu, kacau hingga pekat. Pastikan api perlahan sahaja dan jangan ditinggal takut begetil.
- Apabila sudah siap, boleh disapu pada roti atau untuk buat kuih pau yang berinti kaya.
*Masuk dalam bekas bertutup dan simpan ke dalam peti ais untuk lebih tahan lama.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mak Nani Itnan (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos