Sekarang ini, pelbagai cara nak buat pemakanan sayur tu lebih menarik. Contohnya, Bayam Brazil Goreng Tepung. Tak pernah terfikir kan? Tapi memang betul-betul sedap. Tambahan pula kalau digoreng dengan tepung bestari.
Ha, resipi kali ini pula dengan Kacang Bendi. Macam-macam tapi ramai yang kata sedap. Jom cuba?
Terima kasih Mahani Hussain untuk perkongsian resipi Kacang Bendi Goreng Tepung ini 🙂
Cara penyediaan:
- 5-6 batang kacang bendi, basuh bersih dan keringkan dengan kitchen towel.
Selepas itu, potong kepada 4.
- Campurkan, 1 sudu besar tepung gandum dan 1 sudu besar tepung jagung.Gaul rata pada kacang tadi sampai ke dalam kacang.
- Pukul sebiji telur, masukkan secubit garam, dan 2 sudu besar air paip. Kemudian tambah 1 sudu besar tepung beras dan 1 sudu besar tepung jagung. Kacau sebati, celup kacang bendi tadi rata-rata.
- Akhir sekali, tabur pula dengan tepung bestari, terus goreng dalam minyak panas.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mahani Hussain (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/