fbpx

Buat Sardin Gulung Untuk Sarapan Pada Anak-Anak Anda. Masukkan Perahan Limau, Baru Bertambah Sedap.

iCookAsia

Biasanya roti telur sardin biasa je kan kita jumpa? Kali ini, berlainan sedikit dimana seorang pengguna Facebook ini kongsikan bagaimana hendak membuat Sardin Gulung ataupun Sardine Roll. Cara membuat kulit pastry dikongsikan juga. Menarik bentuknya kan?

Terima kasih Nor Azliza Mohamed untuk perkongsian resipi Sardine Roll ini 🙂

Bahan untuk membuat Inti:

1 tin sardin besar (425g)

2 biji bawang puteh            }  dadu /

1/2 labu bawang holland  }  cincang halus

1 sudu besar cili blend

Garam gula secukup rasa

Perahan limau nipis secukupnya

Cara membuat:

  1. Tumis bawang puth dan bawang holland dengan sedikit minyak hingga layu.
  2. Masukkan cili blend, tumis dan kacau-kacau hingga separuh garing.
  3. Masukkan sardin dan kuahnya. Pecah-pecahkan.
  4. Tambah gula garam dan perahan limau nipis.
  5. Masak hingga kering dan ketepikan.

Bahan untuk membuat Kulit/Pastry:

4 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung beras

2 sudu besar tepung jagung

2 sudu kecil gula

1 sudu kecil garam

*Campur semua bahan-bahan di atas

 

1/4 cawan minyak

2 sudu besar marjerin

*Panaskan bahan-bahan di atas sekejap sahaja

 

Air secukupnya

Cara membuat:

  1. Tuang minyak panas ke dalam tepung tadi dan gaul-gaul hingga jadi seakan serbuk roti.
  2. Tambah air sedikit demi sedikit. 
  3. Uli hingga jadi doh (tidak keras dan tidak lembut sangat).
  4. Rehatkan doh selama 15 minit.
  5. Uli semula doh dan bulat-bulatkan sebesar size bola ping pong.
  6. Canaikan doh pada saiz membujur.
  7. Sudukan inti secukupnya, gulung dengan kemas.
  8. Akhir sekali, boleh digoreng dan angkat bila keperangan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Azliza Mohamed (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x