fbpx

Buat Roti Pisang Rangup Kalau Lapar Pada Musim Hujan Ni. Nak Bakar Atau Guna Air Fryer Pun Boleh. Lagi Mudah.

iCookAsia

Musim hujan ni, kerap betul lapar kan? Haa, kalau anda di rumah senang la nak masak. Lebih-lebih lagi kalau ada perkakas dapur, air fryer. Semua kerja atau proses memasak semua menjadi senang dan cepat kan? Macam perkongsian resepi di bawah ini… Senang dan nampak sedap sangat. Terliur tak?

Terima kasih Hamizah Zakaria untuk perkongsian resipi Roti Pisang ini 🙂

Bahan-bahan:

Roti gardenia keping

Pisang masak

Marjerin

Kuning telur

Gula perang (kalau tiada, boleh letak gula putih tetapi jangan terlalu banyak) 

Cheddar cheese (optional)

Cara membuat:

  1. Sapu marjerin atas roti.
  2. Susun pisang mengikut kreativifi sendiri.
  3. Sapu lagi marjerin dan sapu kuning telur.
  4. Tabur cheddar cheese atau gula perang. 
  5. Bakar dengan suhu 180 ‘ c selama 5-7 minit. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hamizah Zakaria (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x