fbpx

Buat Roti Canai Pun Sedap Juga Ni, Dimakan Pula Dengan Gulai Ayam

iCookAsia

Roti canai memang tak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia kan? Mana tidaknya, ini merupakan hidangan yang simple tapi sangat sedap. Ia juga sesuai untuk dimakan waktu pagi, tengahari ataupun makan malam. Buat sendiri dapat makan banyak.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zalila Mohamad perkongsian resipi Roti Canai ini 🙂

Bahan-bahan:

1/2 kg tepung gandum

1 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

Marjerin (sikit)

Air suam secukupnya

Minyak (Untuk sapu apabila jadi doh)

1 biji telur

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan tepung, gula, garam, marjerin dan telur dalam bekas. Gaul rata.
  2. Seterusnya, masukkan air sedikit demi sedikit, jangan masukkan banyak terus takut doh akan jadi lembik.
  3. Uli sampai doh tidak melekat pada tangan, boleh uli pakai tangan selama 20 minit biar nampak licin. Apabila sudah licin sapu minyak.
  4. Kemudian, bulatkan kecil-kecil mengikut citarasa masing-masing sama ada nak roti tersebut besar atau kecil.
  5. Akhir sekali, jika sudah siap simpan dalam bekas yang diletak minyak seperti dalam gambar di bawah.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zalila Muhammad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x