fbpx

Buat Roti Canai Macam PRO! Mudah Je Guna 6 Bahan Ni.

iCookAsia

Roti Canai merupakan hidangan sarapan yang sangat popular dikalangan orang Malaysia. Sudah menjadi makanan warisan yang diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara. Dan kebiasaannya kita nikmati di gerai-gerai atau kedai mamak. 

Tetapi, pernahkah anda cuba untuk membuat sendiri di rumah Roti Canai ini? Boleh lah practice mencanai macam mamak

Terima kasih Ellina Adam untuk perkongsian resipi Roti Canai Homemade ini 🙂

Bahan-bahan:

1/2 kg Tepung Gandum (cap ros)

1 biji Telur

2 sudu Marjerin

1 sudu kecil Garam (larutkan dalam air)

1/2 cawan Air Sejuk peti ais

2 sudu Susu Pekat 

Cara membuat:

  1. Campurkan tepung, marjerin dan susu untuk jadikan Serbuk Roti.
  2. Masukan Air Garam dan telur pula.
  3. Selepas itu, masukan air sedikit demi sedikit sampai doh tak melekat kat tangan.
  4. Bulat-bulatkan doh dan kemudian rendam dengan Minyak selama 2 jam atau lebih.
  5. Canaikan dan sedia untuk dimasak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ellina Adam (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x