fbpx

Buat Resepi Kacang Botak Ini Pun Best Juga, Boleh Jadikan Sebagai Kudapan

iCookAsia

Siapa pernah dengar mengenai Kacang Botak? Kalau tak pernah dengar, anda semua mesti cuba resepi yang sangat mudah dan sedap ini. Memang padu kalau dapat makan, apatah lagi sambil layan drama. Tanpa sedar, dah habis satu balang hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Are Peace perkongsian resipi Kacang Botak ini 🙂

Bahan-bahan:

400 g kacang tanah

5 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar gula

3 sudu kecil garam

2 biji telur

1 sudu kecil ajinomoto

1 kiub ikan bilis (kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)

5 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar tepung beras

Cara membuat:

  1. Mula-mula, bersihkan kacang tanah. Jangan basuh terlalu lama dan selesa basuh terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering.
  2. Campur semua bahan yang disediakan kecuali tepung di dalam bekas dan gaul sebati.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sampai sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng hasil sebatian tadi dengan api sederhana.
  5. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.
  6. Semasa menggoreng, buih buih di atas minyak akan terbentuk.
  7. Akhir sekali, selepas masukkan kacang  itu terus kacau dan jangan berhenti untuk elakkan kacang tersebut melekat. Goreng sehingga masak. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Are Peace(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x