fbpx

Buat Puding Biskut Marie Ala Kek Batik. Warna Yang Cukup Cantik Dan Rasa Pun Sedap. Rugi Tak Cuba!

iCookAsia

Hidangan Kek Batik menjadi kegilaan ramai kerana caranya yang sangat mudah dan bahannya pula sangat mudah untuk didapati. Tetapi, pernahkah anda rasa Puding Biskut Marie ala Kek Batik? Rupanya sama sahaja, tetapi rasanya lebih menyegarkan. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau membuat Puding Biskut Marie ini menggunakan pewarna yang menarik dan berlainan. Cantik betul rupanya jika anda kreatif. Jom try buat!

Terima kasih Raja Amanina untuk perkongsian resipi Puding Biskut Marie ini 🙂

Bahan-bahan:

1 peket biskut marie putih

1 peket serbuk agar-agar 10g

4 cawan setengah air

½ cawan gula

2 sudu susu pekat 

1 biji telur

½ cawan susu cair

½ cawan santan kara-campur sedikit air

½ cawan tepung kastard

2 sudu besar butter atau marjerin

Esen pandan dan esen vanila

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Satukan telur, susu cair, santan, kastard. Whisk sebati hingga tak berketul.
  2. Dalam periuk, masak agar-agar, gula, air sehingga larut. Kemudian, tambahkan butter atau marjerin.
  3. Masukkan bahan yang di whisk dan masak hingga sedikit pekat. Jangan pekat sangat dan masukkan esen vanila garam dan matikan api.
  4. Basahkan loyang dengan sedikit air dan bahagi adunan kepada 2 warna (1 yang pandan 1 yang vanila). 
  5. Tuang lapisan kuning dalam loyang dan ratakan kemudian susun biskut di atasnya biarkan mengeras sekejap. Boleh masukkan dalam peti ais.
  6. Kemudian tuang adunan pink dan susun biskut. Ulang langkah hingga habis adunan.
  7. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 2 jam.

**tips nak mudah keluarkan dari loyang layer yang pertama itu perlu sedikit tebal dan betul-betul memenuhi permukaan loyang.

**jika adunan mengeras boleh panaskan balik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Raja Amanina (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x