fbpx

Buat Pizza Ayam Style Sendiri. Homemade Pun, Masih Sedap!

iCookAsia

Musim duduk rumah ni, pasti para ibu dah tak tahu nak masak apa kan? Jom buat Pizza Ayam homemade pula. Ajak anak-anak untuk buat Pizza bersama, dengan menguli doh tu nanti. Baru seronok!

Terima kasih Emeliana Nana untuk perkongsian resipi Pizza Ayam ini 🙂

Bahan untuk Yis:

Air – 3/4 cawan 

Yis 11g

Gula 2 ½  sudu makan

(Rendam selama 20 minit hingga kembang)

Bahan-bahan lain:

Tepung gandum 500g

Marjerin 1 sudu makan

Serbuk penaik 1 1/2 sudu kecil

Telur 1 biji

Garam 1 cubit 

Bahan topping:

Ayam

Cheese

Keju

Mayonis

Sos

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan bahan-bahan kering hingga sebati. 
  2. Apabila sudah sebati, baru masukkan bahan yis tadi. Jadi kan sampai jadi doh dan tepung tak melekat pada tangan.
  3. Terus leperkan dalam talam atau bekas yang sesuai untuk dibakar. Selepas itu, rehatkan tepung dalam 15-20 mint untuk bagi kembang.
  4. Selepas itu, baru la susun bahan topping. (ikut suka anda nak letak apa).
  5. Bakar pada suhu 180 selama 25 minit (bergantung pada oven masing-masing).

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Emeliana Nana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x