Ada sesetengah daripada masyarakat kita yang tidak gemar untuk membeli bahan readymade atau instant. Dikhuatiri akan bahan apa yang terdapat dalam tin tersebut. Jika anda seperti ini, jangan risau, jangan sedih. Ini kerana, seorang pengguna Facebook ini telah berkongsikan cara membuat Pes Tomato Homemade. Segar dari dapur kita sendiri!
Rasa masih enak, lazat dan tidak perlu risau dengan bahan yang digunakan.Â
Terima kasih Zurina Zulkefli untuk perkongsian resipi Tomato Homemade ini 🙂
Cara penyediaan:
1. Lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.
2. Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.
3. Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.
4. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.
5. Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.
6. Ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.
7. Jadi, masak seperti biasa. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.
8. Akhir sekali boleh masukkan spaghetti yang telah direbus. Kacau sebati.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/Â