Pencuci mulut pastry iaitu Cinnamon Roll ini antara hidangan yang digemari oleh penggemar Roti. Adunan doh yang disalut dengan sapuan berasaskan kayu manis ini memang sangat menyelerakan. Lebih-lebih lagi ditambah dengan sos dressing. Tetapi, tidak ramai yang rajin nak buat memandangkan perlu membuat doh sendiri.
Jangan risau, di sini Admin kongsikan resepi express untuk membuat Cinnamon Rolls ini daripada seorang pengguna Facebook. Kreatif tau, dan tengok gambar pun dah menyelerakan. Beliau hanya menggunakan roti paratha je. Jom cuba!
Terima kasih Wan Ramlah Wan Rahimi untuk perkongsian resipi Cinnamon Rolls ini 🙂
Bahan-bahan:
4 keping paratha
3 sudu butter
2 sudu nestum
2 sudu susu tepung
1 sudu cinnamon powder
1/2 cawan gula perang
Cara membuat:
1. Gaul sebati butter, nestum, susu tepung, gula perang dan serbuk cinnamon.
2. Susun 2 keping paratha. Pastikan bertindan sikit pada tengah-tengah.
3. Sapu campuran no.1 pada bahagian atas paratha nipis-nipis.
4. Gulung perlahan-lahan dengan kemas.
5. Potong 8 bahagian gulungan tadi.
6. Susun potongan cinnamon rolls pada loyang yang telah di gris butter.
7. Panaskan Air Fryer 200/5 minit.
8. Bakar cinnamon rolls pada suhu 200/10minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Wan Ramlah Wan Rahimi (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos