Kadang-kadang mesti teringin nak makan hidangan yang mudah dan sedap kan? Apa kata cuba buat Paprik Ayam ini. Lagi best dengan adanya ayam dan sayur-sayuran. Lengkap. Bukan itu sahaja, tak ada lauk lain pun dah cukup.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nora Abdullah perkongsian resipi Paprik Ayam ini
Bahan-bahan:
Bahan A (Tumis):
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih (tumbuk-tumbuk)
Halia (hiris-hiris)
Serai (titik)
4 biji cili padi (tumbuk sekali)
5 helai daun limau purut
(Tumis semua sekali dalam kuali, boleh pakai sahaja minyak lebihan goreng ayam)
Bahan B (Untuk Sos):
Sos tiram
Sos tomato dan sos cili
(Boleh agak sahaja berapa banyak, dan boleh lebihkan sos tomato)
Bahan C (Untuk sayur):
Carrot
Bunga kubis
Kacang panjang atau kacang buncis
Tomato
Cara membuat:
- Mula-mula, gorengkan ayam yang sudah dipotong dadu.
- Gaulkan dengan garam, kunyit, tepung jagung 1 sudu besar dan sedikit perasa dari maggi cukup rasa. Goreng garing dan angkat.
- Garam dan gula tidak digunakan sebab sos tomato, sos cili dan sos tiram sudah cukup perasa.
- Kemudian, tumiskan dulu bahan-bahan A dan kemudian masukkan sos.
- Masukkan sedikit air untuk bagi balance dan ada kuah.
- Akhir sekali, jika sudah menggelegak, masukkan sayur dan ayam. Jangan masak sayur terlalu lama. Dah siap, boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Nora Abdullah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity