fbpx

Buat Nasi Goreng Tak Nak Bawang, Tak Nak Sayur Untuk Anak-Anak Sebelum Kelas Online. Baru Senang Hati.

iCookAsia

Memang ada antara anak-anak kita yang tak suka makan sayur dan bawang dalam masakan. Biasa lah tu kan? Seperti seorang pengguna Facebook ini, masak atas permintaan anak-anak. Tak mahu sayur dan bawang. Yang penting, nak nasi goreng yang “macam haritu”. Masakan ibu kan, mesti lah jadi favourite sampai bila-bila. 

Jom para ibu semua, cuba buat untuk anak-anak anda di rumah. 

Terima kasih Jamaliiah Kamal untuk perkongsian resipi Nasi Goreng ini 🙂

Cara memasak:
1. Panaskan minyak.

2. Masukkan sosej, udang dan sotong. Goreng seketika.


3. Masukkan telur, biarkan seketika dan kacau. Untuk nak bagi telur itu kasar-kasar sikit.


4. Masukkan garam dan perasa manggi cukup rasa.


5. Masukkan nasi. (Kukus dulu nasi lebih malam tadi untuk elak nasi jadi berketul)


6. Goreng kan semua sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jamaliiah Kamal (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x