Apabila tiba bulan Ramadan, sudah pasti ada juga di antara kita yang bercita-cita untuk menurunkan berat badan dan tampil lebih sihat. Tetapi, sudah hampir tamat bulan berpuasa ini, ada yang masih bertahan untuk makan makanan sihat?
Kalau masih ada, Admin mahu kongsikan satu resepi idea sahur untuk anda. Yang pasti, lebih sihat dan sedap. Jom tengok resepi di bawah, dan sediakan untuk sahur nanti.
Terima kasih Mutyara Nita untuk perkongsian resipi Lempeng Oatmeal ini 🙂
Bahan-bahan:
Oatmeal – 5 sudu besar
Telur – 1 biji
Pisang – 1 biji
Vanilla flavor -1 sudu kecil
Susu segar – 3 sudu besar
Madu 1 sudu besar
Cara membuat:
- Campur semua bahan dan masuk ke dalam blender kecuali bijirin dan buah mangga. Kisar halus.
- Masak dalam kuali non stick.
- Potong buah mangga kecil-kecil dan hias atas lempeng oatmeal.
- Taburkan bijirin walnut, kuaci, biji labu.
- Akhir sekali titis kan madu 1 sudu.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mutyara Nita (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos