fbpx

Buat Kuih Raya Legend, Biskut Semperit Klasik Ini Sebelum Habis Musim Raya.

iCookAsia

Bulan Syawal hampir tamat, anda sudah makan semua jenis Kuih Raya? Bagaimana pula dengan Kuih-kuih yang wajib ada pada hari raya, seperti Biskut Semperit ni? 

Rugi raya kita kalau tidak berpeluang makan kuih raya legend ni. Haa, kalau tidak dapat jumpa Biskut ini dimana-mana, boleh lah cuba buat sendiri di rumah. Kalau ada oven di rumah, boleh ikut resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. 

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Biskut Semperit Klasik ini 🙂

Bahan-bahan:

250g butter

1/2 cawan gula aising

1 biji kuning telur

1 sudu kecil esen vanila

*Whisk semua hingga sebati

 

1 cawan tepung jagung

1/2 cawan tepung kastad

1 1/2 cawan tepung gandum

Cara membuat:

  1. Masukkan bahan tepung sedikit demi sedikit. 
  2. Gaul-gaul rata sampai ianya sebati.
  3. Boleh tekan dengan acuan dalam dulang pembakar. Guna acuan pecah 10 di dalam resepi ni. 
  4. Bakar pada suhu 160’C, selama 15 – 20 minit atau ikut suhu oven masing-masing. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x