Biasa makan Lepat Pisang je kan? Kali ini Admin kongsikan resepi daripada seorang pengguna Facebook ini, yang membuat Lepat Labu Lemak Manis. Warna pun cantik, tengok pun sudah pasti terliur. Jom cuba!
Terima kasih No Or untuk perkongsian resipi Lepat Labu Lemak Manis ini 🙂
Bahan-bahan:
1/2 biji labu kuning (dipotong kecik segi empat dan di rebus)
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula (adjust ikut manis yang anda nak)
1/2 sudu teh garam halus
Bahan inti kelapa:
1/2 biji kelapa parut (yang putih sahaja)
(gaul dan perasakan dengan garam)
Daun pisang secukupnya (dilayur, potong sama saiz)
Cara membuat:
1. Lenyek labu dengan gula sampai hancur dan sebati. Masukkan garam. Kacau-kacau, kemudian masukkan tepung, sedikit demi sedikit. Gaul rata, jangan ada yang berketul-ketul pada bancuhan.
*Bancuhan jangan terlalu lembek, jangan keras. Agak-agak macam nak buat cucur sahaja.
2. Panaskan pengukus. Sediakan daun.
3. Letakkan bancuhan sesudu lebih sikit, ke atas daun pisang.
4. Letakkan inti kelapa kat atas bancuhan tepung tadi.
5. Gulung dan lipat kemas daun pisang.
6. Susun dalam loyang. Ulang step 3 – 5 hingga habis bancuhan.
7. Masukkan dalam kukusan yang dah dipanaskan. Kukus sampai masak.
8. Tunggu sejuk sikit, bolehlah dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: No Or (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos