fbpx

Buat Kuih Lapis Guna Warna Kegemaran Sendiri. Baru Rasa Excited Nak Makan.

iCookAsia

Kuih tradisi orang Melayu pasti menjadi pilihan utama pada waktu sarapan pagi. Kalau dilihat di gerai-gerai tepi jalan yang menjual hidangan untuk sarapan, wajib ada kuih-muih. Dan Kuih Lapis sudah pasti ada. 

Ada penggemar Kuih Lapis yang comel berwarna merah jambu di sini? Untuk resepi kali ini, Admin nak kongsikan resepi Kuih Lapis yang sangat menarik. Bukan lah resepi baru, tapi sudah ramai yang buat. Tetapi kalau anda baru sahaja tahu, atau ada yang baru nak belajar buat kuih tradisi ini, boleh la ubah warna tradisi merah jambu ke warna kegemaran anda, seperti seorang pengguna Facebook ini. Menarik!

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Kuih Lapis ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

4 sudu besar tepung ubi

Sedikit garam 

1 cawan gula 

5 cawan santan

pewarna ikut suka 

Cara membuat:

  1. Campurkan semua bahan dan kemudian tapis.
  2. Bahagikan kepada beberapa bekas.
  3. Letak pewarna ikut suka.
  4. Menggunakan loyang 8×8, disapu minyak dan kemudian alas dengan plastik.
  5. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih dan selepas itu kukus selapis-selapis dalam anggaran 5 – 7 minit (setiap lapis 1 cawan).
  6. Lapisan akhir kukus selama 20 minit.
  7. Sejukkan dulu baru potong kuih dengan pisau plastik. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x