Kuih Ketayap atau juga di sesetengah negara Asia yang memanggil ia Kuih Gulung atau Dadar Gulung. Kuih tradisional malaysia yang sangat terkenal. Sesuai untuk dihidang pada waktu sarapan atau juada pada bulan puasa. Senang juga sebenarnya nak buat. Yang penting, anda kena practice, sampai puas hati dan perfect!
Terima kasih dapurkakzura untuk perkongsian resipi Kuih Ketayap ini 🙂
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1 cawan jus pandan
2 1/2 cawan santan sederhana cair
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau epal
Cara membuat:
- Kisar semua bahan-bahan hingga hancur halus.
- Panaskan kuali (“akak guna periuk/kuali desseni”) dan sapu nipis minyak.
- Tuang 1 senduk adunan dalam kuali (lenggang kan) dan apabila sudah masak, angkat.
- Ulang sehingga habis adunan.
Bahan untuk Inti Kelapa:
1 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung ubi
Sedikit garam
Cara membuat:
- Masak air dan gula-gula hingga larut. Masukkan kelapa parut, daun pandan dan garam. Kacau hingga rata.
- Agak-agak sudah kering sikit, masukkan tepung ubi dan kacau hingga sebati.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: dapurkakzura (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/