fbpx

Buat Kuih Kaswi Jagung Berbentuk Bunga. Wangi Satu Rumah Kalau Buat Kuih Ni.

iCookAsia

Sekarang ini, pelbagai cara untuk buat Kuih Tradisional jadi lebih menarik. Seperti Kuih Kaswi ini. Mengikut seorang pengguna Facebook ini, beliau membuat Kuih Kaswi menggunakan susu perisa Jagung dan bentuk acuan yang digunakan adalah berlainan daripada biasa, bentuk bunga ros. 

Kreatif kan? Mungkin kalau nak buat perisa lain pun boleh. Sudah tentu lebih sedap. Jom cuba! 

Terima kasih Badariah Abdrahman untuk perkongsian resipi Kuih Kaswi Jagung ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung ubi

1/2 cwn susu saji perasa jagung

2 sudu besar gula

2 1/4 cawan air

1 sudu teh air kapur

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Campur semua.
  2. Kemudian, ditapis dan masukkan ke dalam acuan mengikut pilihan anda. 
  3. Kukus selama 30 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Badariah Abdrahman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x