Siapa sahaja yang tidak tahu Kuih Karas, dan orang Perlis mesti tahu. Rangup di makan, kalau buat satu balang, confirm habis cepat ni. Admin pasti, ramai daripada kita yang biasa beli di kedai je kan?
Musim duduk rumah ni, apa kata kita buat sendiri? Nampak macam susah, tapi sebenarnya sangat mudah. Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau hanya menggunakan acuan roti jala sahaja untuk membuat Kuih Karas ini. Tak ada acuannya, jangan risau. Bahan pula, 3 je?! Jom cuba!
Terima kasih Nor Al Fatihah untuk perkongsian resipi Kuih Karas ini 🙂
Bahan-bahan:
1 paket (500gm) tepung beras cap Teratai
1 cawan gula
1 1/2 cawan air biasa
Cara membuat:
- Kacau gula dengan air hingga larut. Kemudian, tuang ke dalam tepung beras. Kacau sebati.
- Masukkan adunan ke dalam botol roti jala muncung 3 atau 5. Kalau ada acuan tersendiri yang tempurung tu boleh lah guna.
- Panaskan minyak. Pastikan minyak cukup-cukup panas sahaja, bukan terlampau panas. Minyak tak banyak sangat dan tak sikit sangat. Jalakan dari tepi banyak kali dalam 5-6 pusingan dan baru jalakan ke bahagian tengah 5-6 kali. Kemudian ulang lagi jalakan sampai ke tepi dan ke tengah semula dalam 5-6 pusingan lagi. Jangan tebal ya, sebab kita nak lipat dia nanti.
- Lepas jala, biar 5 saat. Kemudian terus lipat dua dengan menggunakan senduk. Selepas itu. lipat sekali lagi menjadi bentuk segitiga. Goreng sekejap sambil balikkan hingga berwarna keemasan.
*Kuih karas ni cepat masak dalam 2-3 minit sahaja.
*Semasa mengangkat, kuih masih agak lembut. Tetapi selepas kita sudah sejukkan, ia akan keras sendiri. Rangup dan rapuh sangat.
- Simpan di dalam bekas kedap udara.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Al Fatihah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos