fbpx

Buat Kuih Cek Mek Molek Bersama Lisa Surihani. Resepi Mudah Yang Rangup dan Lembut.

iCookAsia

Kuih Cik Mek Molek ini berasal dari negeri Kelantan yang membawa maksud ‘gadis yang cantik’. Kuih ini digelar sedemikian kerana rupanya yang licin dan bentuknya yang panjang dan bujur. Kuih ini dibuat daripada ubi keledek yang dilenyek dan dicampur dengan tepung gandum. Bahagian tengah kuih diisi dengan gula dan dibentuk memanjang sebelum digoreng dalam minyak panas.

Untuk episod terakhir ini, Datin Adek ditemani oleh seorang selebriti terkenail iaitu Lisa Surihani untuk menyediakan hidangan tradisional Kuih Cik Mek Molek.

Resipi Cik Mek Molek ni diambil daripada buku Malaysia’s Culinary Heritage, hasil kerja Datin Kalsom dan Datin Hamidah.

Anda boleh dapatkan buku ‘Malaysia’s Culinary Heritage’ ini secara ‘online’ di – https://shop.icookasia.my/

Untuk 25 biji kuih mengikut saiz

Bahan-bahan:
750 g ubi keledek, dikupas dan dipotong dadu
500 ml air
1 sdt garam
100 g tepung serba guna
1 sdt serbuk penaik
5 sdm gula
2 sdm minyak masak
minyak masak untuk menggoreng

Cara membuat:
1. Rebus keledek dengan sedikit garam hingga lembut. Lenyek atau tumbuk di dalam lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan.
2. Gaulkan dengan tepung yang dicampur dengan serbuk penaik, sedikit demi sedikit dan
uli hingga mendapat doh yang mudah dibentuk dan tidak melekat pada tangan.
3. Sapu sedikit minyak di tangan jika perlu. Cubit sedikit doh dan leperkan menjadi bentuk
bujur. Masukkan sesudu gula di bahagian tengah. Kemaskan adunan kuih supaya menjadi bentuk oblong dengan hujung yang tirus. Ulang hingga semua doh habis digunakan.
4. Goreng menggunakan minyak yang banyak. Setelah masak, guna sudip penapis untuk mengangkat kuih dan tus di atas tuala kertas untuk menyerap minyak berlebihan.
5. Biarkan sejuk dahulu sebelum dimakan supaya lidah tidak melecur akibat gula cair yang panas.

Video resipi ini adalah hasil kerjasama Sime Darby Oils dan Kalsom Taib Publishing.

Untuk maklumat lanjut tentang Sime Darby Oils, sila layari: https://www.simedarbyoils.com/ atau di:
Instagram: https://www.instagram.com/simedarbyoils/?hl=en
Facebook: https://www.facebook.com/simedarbyoils/
Facebook Minyak Masak ALIF: https://www.facebook.com/officialMinyakMasakALIF/
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCuJFGGhM3Y35x-8ckmyH3_A

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x