fbpx

Buat Kuih Cara Berlauk Guna Trio Cupcake Maker. Kuih Dah Sejuk Pun Masih Sedap Dimakan.

iCookAsia

Hidangan kuih Cara Berlauk tidaklah semudah Kuih Karipap untuk didapatkan. Bila susah nak dapatkan, apa lagi… Jom buat sendiri di rumah. Kalau anda ada acuan Kuih Cara ini sendiri boleh je gunakan resepi yang sama. Tetapi kalau tiada, boleh ikut cara seorang pengguna Facebook ini, dimana beliau menggunakan perkakas dapur Cara Berlauk. Lebih mudah dan cepat!

Terima kasih Eniza M. Salim untuk perkongsian resipi Kuih Cara Berlauk ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 biji telur

1 cawan santan

3 cawan air

1 sudu minyak masak

Secubit garam

Pewarna kuning atau serbuk kunyit

*Kisar semua bahan di atas dan tapis.

Bahan untuk inti cara berlauk:

2 keping daging burger (rebus/ cincang kecil)

1 biji bawang besar (potong dadu)

3 ulas bawang putih (potong dadu)

1/2 batang lobak merah yang (di sagat)

3 sudu rempah kari daging

1 sudu cili kisar

Daun sup

Cili besar merah

Garam dan perasa secukupnya

Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dalam 3 sudu besar.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Bila kekuningan, masukkan rempah dan cili kisar tadi dan letakkan sedikit air.
  4. Kacau dan masukan daging burger yang telah direbus sebentar dan telah dicincang kecil-kecil. Kemudian, masukkan sekali lobak merah. Perasakan dengan garam, dan serbuk perasa. Biarkan kering sedikit. Selepas itu, bolehlah angkat dan sejukkan.
  5. Tuang bancuhan tepung dalam trio cupcake maker yang telah di sapu minyak (guna tisu je).
  6. Masukkan bancuhan tepung. Jangan penuh sangat, sebab untuk letak inti nanti. 
  7. Masukkan inti tadi dan letak sehiris cili merah dan daun sup. Tutup trio cupcake maker tu.
  8. Anggaran dalam 3 hingga ke 5 minit, kuih cara berlauk pun siap masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x