fbpx

Buat Kuih Bakar Guna Air Fryer. Pastikan Tukar Suhu Pada 20 Minit Terakhir, Baru Garing Di Luar, Lembut Di Dalam.

iCookAsia

Kuih Bakar ini antara pencuci mulut tradisi yang sangat wangi dan sedap untuk dihidang pada waktu petang. Diganding pula bersama air teh, memang sesuai sangat. Mengikut cara tradisionalnya, ia menggunakan teknik membakar menggunakan oven. Tetapi, disini Admin kongsikan resipi Kuih Bakar yang menggunakan pengakas dapur, Air Fryer. Lagi mudah dan cepat. Jom cuba!

Terima kasih Norhayati MohdRazali untuk perkongsian resipi Kuih Bakar ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung gandum

1/2 cawan gula 

1 cawan santan

1 cawan air pandan

1 biji telur

1/2 sudu kecil esen vanila

2 sudu besar marjerin cair

Secubit garam

Bijan untuk tabur

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam blender. Kisar sampai sebati.
  2. Masukkan dalam loyang yang disapu majerin. Tuang dan tabur bijan.
  3. Bakar 20 min pertama 160 c. 20 min kedua 200 c.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norhayati MohdRazali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x