fbpx

Buat Kudapan/Snack Coklat Beras Secara Homemade. Memang Bikin Ketagih Betul Dengan Bahan-Bahannya.

iCookAsia

Bila rutin harian diluangkan di dalam rumah sahaja pada musim duduk rumah ini, sudah pasti ada di antara kita yang tidak berhenti makan kan? Kudapan memang perlu pada musim PKP ni. Nak buat kerja, nak ada makanan. Nak tengok TV pula, kena ada snacks. 

Haa, kalau dah rasa penat asyik beli di luar sahaja. Apa kata kali ini kita buat Kudapan sendiri seperti seorang pengguna Facebook ini. Yang gemar akan coklat, boleh la cuba sebab bahan yang digunakan memang manis semuanya. 

Terima kasih Inul Daroji untuk perkongsian resipi Coklat Beras ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan Bubble rice (beli dekat kedai kek)

Biskut Tiger

Coklat Beryls (dark chocolate)

3 sudu besar Nutella

Cara membuat:


1. Biskut tiger hancurkan dalam plastik dahulu.


2. Kemudian campurkan dengan bubble rice dan nutella.


3. Gaulkan sampai sebati.


4. Kemudian cairkan coklat Beryls, tambah sikit dengan butter dan ketepikan.


5. Selepas itu, ambil bekas anda dan letak cantik-cantik dan kemas.


6. Apabila sudah siap, boleh sejukkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Inul Daroji (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x