Kudapan Kerepek ini sangat digemari ramai. Senang juga untuk nak dapatkan, ada sahaja kedai yang menjual kerepek ini secara sampingan. Juga, kalau kita mengimbau kembali pada waktu Hari Raya, mesti ada yang meletakkan Kerepek Bawang ini dalam antara balang kuih raya untuk tetamu. Setuju?
Memandangkan musim PKP ini, nak keluar ke kedai pun, tak semua kedai buka. Jadi susah nak cari Kerepek Bawang kan? Jom asah bakat memasak dan membuat kerepek kita dengan mencuba buat Kerepek Bawang sendiri di rumah sahaja.
Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Kerepek Bawang ini 🙂
Bahan untuk Doh Bawang:
3 cawan tepung gandum
2 sudu makan cili kering (dikisar)
2 biji bawang besar *(dikisar)
3 ulas bawang putih *(dikisar),
1 sudu teh Garam
3/4 cawan air*
1/8 cawan atau 5 sudu makan dari planta / marjerin cairÂ
planta/marjerin cair (3 sudu makan planta / marjerin + 1/2 cawan minyak masak)
Cara membuat Doh Planta:
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula halus atau boleh ganti dengan 1/2 sudu teh ajinomoto
1/2 cawan air
Planta/ marjerin cair
Cara membuat:
1. Panaskan planta/marjerin/ minyak masak.
2. Kisar bahan bertanda (*).
3. Campur semua bahan untuk doh bawang. Masukkan 1/8 cawan planta/ marjerin cair. Baki boleh buat untuk doh putih. Uli hingga jadi doh. Jika doh masih belum terbentuk, tambah sedikit air. Sudah jadi doh, hentikan masukkan air. Adunan jangan terlalu lembut. Doh macam nak buat kulit karipap. Rehatkan doh 30 minit.
4. Campur semua bahan untuk doh putih. Guna lebihan planta / marjerin cair tadi. Masukkan gula halus. Jika tak nak guna gula boleh gantikan dengan ajinomoto. Saya guna gula untuk beri imbang rasa.
5. Canaikan doh planta dan doh bawang sehingga nipis.
6. Ambil doh planta letak di atas talam. Kemudian ambil doh bawang tindan di atas doh planta tadi. Gelekkan bagi serasi.
7. Gulung doh dan hiriskan nipis.
8. Simpan dalam peti sejuk 1 jam ke atas untuk memudahkan kita hiris nipis.
9. Goreng sehingga kekuningan dalam minyak panas.
Nota:
- Garam gula adjust ikut selera.
- Pedas doh bawang pun sama, boleh letak lebih cili jika nak pedas.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos