fbpx

Buat Kelainan Pada Hidangan Tradisional Ini. Roti Jala Coklat Ni Mesti Anak-Anak Suka. Ada Resepi Sos Coklat Juga.

iCookAsia

Roti Jala antara hidangan yang memang menjadi kegemaran ramai. Digandingkan pula dengan Kuah Kari Ayam, memang betul-betul NGAM! Dan kebiasaanya dijual di gerai tepi jalan atau di Bazar Ramadan. Senang lah untuk dapatkan. 

Tetapi, berbeza untuk perkongsian resipi kali ini. Dimana seorang pengguna Facebook ini membuat Roti Jala Coklat. Kalau Roti Jala yang biasa itu dimakan oleh orang dewasa, Roti Jala Coklat ini pula memang sangat sesuai lah kalau dihidang buat anak-anak. Pasti mereka berebut makan. 

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Roti Jala Coklat ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 biji telur gred A/B

3 sudu besar serbuk koko/milo

2 sudu besar susu pekat manis

2 sudu besar gula

2 sudu besar minyak masak

Secubit garam

1 1/2 cawan susu cair

1/2 cawan air

Cara membuat:

  1. Satukan dulu dalam bekas kecuali telur.
  2. Kacau sebati baru masukkan dalam blender.
  3. Tambah telur dan blend sebentar.
  4. Tuang adunan dalam botol muncung 3.
  5. Panaskan non-stick pan. Kemudian, sapu sedikit minyak. Baru lah boleh kirai atau menjala adunan ke atas pan/kuali. Biarkan hingga masak. Kemudian angkat, lipat dan gulung.

Bahan untuk Sos Coklat:

1/2 cawan serbuk koko

1/4 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 sudu besar butter/marjerin

2 ketul coklat masakan

Caranya:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil.
  2. Masak/cairkan secara double boiler. Kacau-kacau hingga sebati

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x