Kek Batik yang menggunakan Milo dan Biskut Marie ini sangat lah digemari ramai. Bahannya pula senang untuk didapatkan. Tetapi, pernahkah anda mengalami dimana anda teringin sangat untuk nikmati pencuci mulut ini tetapi tiada butter di rumah?
Jangan risau. Untuk resepi kali ini, Admin kongsikan resepi Kek Batik Biskut Marie tanpa menggunakan Butter daripada seorang pengguna Facebook. Rasa kek batik ini masih sedap, jangan risau. Jom cuba!
Terima kasih Inul Daroji untuk perkongsian resipi Kek Batik Biskut Marie ini 🙂
Bahan-bahan:
3 pek milo
Biskut marie
Setengah cawan serbuk koko
Setengah cawan susu pekat
Susu dutchlady full cream
Gula manik atau chocolate coin (hiasan)
Cara membuat:
1. Masukkan susu full cream, serbuk koko, milo, susu pekat.
2. Kacau sampai jadi pekat.
3. Apabila sudah pekat, tutup api biarkan sekejap, kemudian masukkan biskut marie.
4. Sudah siap, dan boleh letak topping. Sejukkan.
Nota:
- Pasang api perlahan sahaja. Kalau kuat nanti cepat hangus.
- Untuk kelihatan cantik kejadiannya seperti kek, masa letak dekat bekas, Biskut marie jangan letak banyak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Inul Daroji (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos