fbpx

Buat Jagung Susu Untuk Makan Petang Pada Musim Hujan Ni. Letak Daun Pandan Pun Boleh, Baru Wangi…

iCookAsia

Hidangan Jagung Susu ini biasa kita dapatkan di kedai atau pasar malam. Tetapi cara hidangannya dalam bekas kecil dan bukan dalam bentuk batang. Kalau tiada masa buat seperti di luar, boleh juga cara dalam resipi ini. Sedap dan senang!

Terima kasih Kak Rue untuk perkongsian resipi Jagung Susu ini 🙂

Bahan-bahan:

5-6 batang Jagung

1 tin susu cair

1 cawan susu pekat

3 cawan air

3 sudu teh gula

5 sudu teh butter/planta

2 sudu teh tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Campuran semua bahan kecuali tepung jagung. Masukkan dan rebus jagung dalam 10 hingga 15 minit (bergantung pada saiz jagung).
  2. Kemudian, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuahnya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Kak Rue (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x