fbpx

Buat Hidangan Yang Nyaman, Talam Roti Kastard Cincau. Sesuai Untuk Musim Panas Ni.

iCookAsia

Sekarang ni tiba-tiba sahaja musim panas kan? Tak tahu la badan yang panas atau cuaca betul-betul panas. Kalau begitu, sudah pasti anda selalu cari hidangan yang menyegarkan dan menyejukkan badan kan? 

Jom buat hidangan yang warnanya cantik, intinya pun enak. Macam puding roti, tapi ini lebih menarik. 

Terima kasih Nana Ereena untuk perkongsian resipi Talam Roti Kastard Cincau ini 🙂

Bahan untuk Lapisan Roti:

1/4 cawan tepung gandum

1/4 cawan Gula pasir

1 biji telur Gred C

Secubit garam

1/2 cawan santan pekat atau susu cair

1/2 cawan jus pandan

Pewarna hijau

7 keping roti putih dipotong kecil atau dicarik (nak lagi sedap boleh guna roti butterscotch atau coklat raisin)

Caranya: 

  1. Satukan semua bahan.
  2. Kemudian masukkan 7 keping roti putih.
  3. Rendam selama 30 minit atau hingga roti kembang.
  4. Panaskan kukusan. Alas loyang 8″ x 8″ dengan plastic dan sapu sedikit minyak. 
  5. Tuangkan adunan dan tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus 25 minit. 
  6. Sementara tunggu adunan masak, sediakan lapisan atas. 

Bahan untuk Lapisan atas:

1/2 cawan tepung kastard

1/2 cawan gula pasir

Secubit garam

1 biji telur Gred C

1 cawan santan pekat atau susu cair

1 cawan  air 

Pewarna kuning

1 penutup esen vanilla

Cincau secukupnya

Caranya:

  1. Satukan semua bahan dan masak atas api kecil. Sentiasa kacau hingga kepekatan adunan jadi seperti kepekatan susu pekat. 
  2. Seterusnya, masukkan cincau dan tutup api.
  3. Apabila lapisan roti sudah masak, cakar permukaan menggunakan garfu dan tuang adunan.
  4. Tutup dengan aluminium foil dan kukus lagi 25 minit atau sehingga masak.
  5. Tunggu hidangan sejuk, baru dipotong.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nana Ereena (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x