Sedap kan kalau dapat makan Daging Masak Hitam dengan nasi panas? Memang ngam dan padu rasanya. Confirm bertambah kalau makan nasi lauk ni. Mana tidaknya, dengan rasanya yang sedap dan mengenyangkan, memang puas hati makan ni.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Mdm Kelly perkongsian resipi Daging Masak Hitam ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Kisar):
2 labu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
Halia
2-3 sudu cili kisar
Bahan B (Tumis):
1 tangkai daun kari
1 batang serai diketuk
4 sekawan
Bahan lain:
Kicap manis
Kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
Sedikit gula kerek
Bawang besar untuk hiasan
Cara membuat:
- Mula-mula, tumiskan 4 sekawan, daun kari dan serai.
- Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga masak dengan anggaran 5 hingga 10 minit.
- Masukkan daging biar hingga kering sedikit air daging.
- Seterusnya, masukkan kicap, sos tiram dan gula. Masak dengan api sederhana.
- Jika belum cukup hitam, tambahkan lagi kicap.
- Akhir sekali, masukkan bawang untuk hiasan dan biarkan hingga kering. Biar lama baru akan nampak hitam dan tidak perlu letak garam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mdm Kelly(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity